ROG Phone 6 jadi telefon rasmi M5 MLBB akan mula beraksi 23 November 2023

Digital
22 Nov 2023 • 1:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Rentetan daripada pelancaran Asus ROG Phone 6 MLBB yang kami laporkan dalam bulan Oktober 2023 lalu, Asus hari ini mengumumkan satu lagi berita menarik. Menurut pengeluar telefon itu, ROG Phone 6 MLBB adalah telefon rasmi MLBB M5 2023 dan akan digunakan oleh peserta sepanjang pertandingan tersebut.

image is not available

Mereka kini memaklumkan sedang melakukan ujian komprehensif bagi memastikan keserasian ROG Phone 6 dengan permainan MLBB supaya pertandingan berjalan lancar.

Sementera itu, ROG Phone 6 MLBB juga akan melakukan kemunculan sulung di playoff MLBB M5 2023 pada 23 November 2023 dengan pasukan SMG (Malaysia) bertembung dengan NM (Laos). Untuk merebut 1 daripada 2 slot ke pusingan kumpulan.

image is not available

MLBB M5 2023 akan berlangsung antara 23 November 2023 hingga 17 Disember 2023 di beberapa lokasi. Pusingan Wild Card akan berlangsung di Jio Space, kemudian pusingan kumpulan dan kalah mati 1 akan berlangsung di EVM Convention Center, Manila. Pusingan kalah mati 2 dan akhir pula akan berlangsung di Rizal Memorial Coliseum, Manila.

Asus turut mengumumkan yang rebat RM200 pembelian Asus ROG Phone 6 MLBB Special Edition akan diberikan kepada anda yang mengunjungi M5 untuk menontonnya secara langsung.

Bacaan berkaitan