ROG Phone 6D, telefon gaming ASUS yang lebih murah dilancar dan akan tiba di Malaysia

Digital
20 Sep 2022 • 4:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda peminat permainan video di telefon pintar, pasti anda kenal sangat dengan telefon pintar ASUS ROG. Model terbaru, ROG Phone 6 adalah antara telefon gaming terbaik di pasaran sekarang. Tapi harganya agak keras, lebih RM3,500.

Kini Asus mengumumkan model baru yang lebih mampu milik, dikenali sebagai ROG Phone 6D. Secara ringkas, ia sangat serupa dengan model ROG Phone 6 sedia ada, malah ia boleh menggunakan semua aksesori yang sama.

image is not available

Perbezaan terbesar model ini adalah kuasa pemproses. ROG Phone 6D menggunakan cip Mediatek Dimensity 9000+, berbanding Snapdragon 8+ Gen 1 di ROG Phone 6. Asus juga menyediakan warna ekslusif Space Grey untuk model ini.

Asus turut mengumumkan satu lagi model yang lebih hebat, ROG Phone 6D Ultimate juga dengan kuasa Dimensity 9000+. Tambahan padanya adalah AeroActive Portal, bahagian belakang peranti yang boleh dibuka untuk menyejukkan perkakas di dalam telefon dengan lebih berkesan.

Tetapi model baru ini, lebih murah dan lebih mahal daripada ROG Phone 6. Bagi ROG Phone 6D di Eropah, ia lebih murah EUR50 berbanding model asas ROG Phone 6. Tetapi ROG Phone 6D Ultimate, lebih mahal EUR100 berbanding ROG Phone 6 Pro.

  • ROG Phone 6D (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR949
  • ROG Phone 6D (RAM 16GB + Storan 512GB) – EUR1,399

Berita baiknya, Asus Malaysia menyatakan bahawa ROG Phone 6D bakal tiba ke Malaysia kelak. Cuma tarikh dan harga jualannya masih belum diketahui. Tetapi dijangka ia akan lebih murah sekitar RM200 ke RM300 berbanding harga ROG Phone 6 sekarang.

Spesifikasi ROG Phone 6D

image is not available

Kuasa Mediatek Dimensity 9000+ di dalam ROG Phone 6D, adalah lebih hebat berbanding cip Dimensity 9000. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5X yang lebih hebat, di samping storan pantas UFS 3.1.

Paparannya menggunakan skrin AMOLED seluas 6.78-inci, memilikir resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 165Hz. Skrin ini tiada takuk dan lubang dengan bingkai yang besar di atas dan bawah telefon, serta dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus yang sangat tahan lasak. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Sistem bunyi nampak ada sedikit perbezaan kecil. Ia masih dilengkapi speaker stereo yang menembak ke headapan, tetapi jek audio 3.5mm padanya hanya mampu mengalirkan Audio Hi-Res sehingga 192kHz/24-bit, berbanding 384kHz/32-bit di ROG Phone 6.

image is not available

Kamera juga sama, 12MP di hadapan dan terletak di bingkai di atas skrin. Di belakang pula gabungan kamera 50MP F1.9 dengan sensor Sony IMX766, kamera ulra lebar 13MP dan kamera makro 5MP.

Bateri mega 6,000mAh dalam bentuk dwi-sel 3,000mAh digunakan di dalam ROG Phone 6D dan ia menyokong pengecasan pantas 65W. Malah ada dua port USB-C untuk mengecas, di bawah telefon dan di sisi. Port di sisi memudahkan penggunaan telefon semasa mengecas.

Keunikan badan belakang di ROG Phone 6 diwarisi kepada ROG Phone 6D, menampilkan teknologi Aura RGB lighting. Ia adalah dot LED yang membentuk logo ROG berkelip-kelip dalam warna-warni RGB.

image is not available

Paling utama, pastinya butang bahu AirTrigger 6 di sisi. Sensor ultrasonik ini bertindak sebagai butang tambahan yang boleh diubahsuai penggunaan dan cara. Antaranya menekan, menyapu, mengangkat, giroskop dan banyak lagi.

Spesifikasi ROG Phone 6D Ultimate

Versi Ultimate ini memiliki perkakas yang serba-serbi serupa dengan versi biasa, termasuk sistem bunyi yang lebih rendah. Walaupun ia menggunakan cip Dimensity 9000+ yang serupa, varian yang disediakan hanya satu iaitu RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 3.1 512GB.

image is not available

Kelebihan utama ROG Phone 6D Ultimate adalah ruang pembukaan di belakang, yang digelar AeroActive Portal. Apabila dipasang aksesori AeroActive Cooler 6 yang datang bersamanya, AeroActive Portal akan terbuka dan memberi laluan kepada pengudaraan daripada kipas aksesori supaya perkakas di dalam menjadi lebih sejuk.

Selain itu, versi Ultimate turut memiliki paparan kedua ROG Vision Matrix di belakang, serupa dengan ROG Phone 6 Pro. Paparan ini boleh menunjukkan pelbagai perkara seperti notifikasi atau menjadi hiasan animasi.

Harga di Malaysia

Untuk rujukan, ROG Phone 6 dijual di Malaysia bermula RM3,599 manakala ROG Phone 6 Pro berharga RM4,999. ROG Phone 6D dijangka lebih murah, di bawah RM3,599 manakala versi Ultimate, mungkin melebihi RM5,000 kelak.

Bacaan Berkaitan