Rogol 15 Pelajar Pendidikan Khas, Dua Staff Sekolah Di Serian Ini Ditahan

26 Nov 2023 • 1:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penyelia koordinator dan pembantu pengurusan pelajar dituduh rogol pelajar OKU

Rogol 15 Pelajar Pendidikan Khas, Dua Staff Sekolah Di Serian Ini Ditahan. Dalam satu kejadian menyayat hati, seorang pembantu pengurusan pelajar dan guru penyelia koordinator telah ditangkap atas tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah di Serian.

Ketua Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata menyatakan bahawa suspek pertama, seorang pembantu pengurusan pelajar, telah ditangkap pada 17 November lalu selepas didakwa merogol seramai 15 orang pelajar pendidikan khas yang berusia antara 10 hingga 14 tahun.

image is not available
Rogol 15 Pelajar Pendidikan Khas, Dua Staff Sekolah Di Serian Ini Ditahan.
Gambar hanya sekadar hiasan

Kedua-dua kes ini melibatkan pelaku yang merupakan guru kepada para mangsa

“Sebanyak 12 laporan polis telah diterima daripada penjaga mangsa-mangsa tersebut dan guru-guru mereka dalam tempoh 16 November hingga 22 November.

“Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Kesalahan Seksual 2017 (Akta 792),” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) semalam (24 November).

Sementara itu, bagi penangkapan kedua, Mancha memaklumkan bahawa tiga laporan polis telah diterima daripada ketiga-tiga orang mangsa yang berusia antara 14 hingga 15 tahun pada 22 November, yang mendakwa telah menjadi mangsa penderaan seksual oleh suspek tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa suspek kedua ini telah ditangkap pada 23 November dan kesnya juga kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(c) Akta Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Kesalahan Seksual 2017 (Akta 792).

Tambahnya lagi, memandangkan kedua-dua kes ini melibatkan pelaku yang merupakan guru kepada para mangsa, terdapat peruntukan di bawah Seksyen 16 dalam akta yang sama yang menetapkan hukuman penjara tambahan selama tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada dua sebatan.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/hukum-makan-ngoang-lembaga-fatwa-sarawak/

https://www.iloveborneo.my/3-hentian-rr-jalan-pan-borneo-sri-aman-balingian-bintulu/