Rogol Adik Kandung Bawah Umur Hingga Lahirkan Anak, Remaja 15 Tahun Mengaku Bersalah

23 Feb 2023 • 4:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertuduh telah dibenarkan ikat jamin.

Rogol Adik Kandung Bawah Umur Hingga Lahirkan Anak, Remaja 15 Tahun Mengaku Bersalah. Satu Malaysia digemparkan dengan berita sedih seorang remaja berusia 15 tahun tergamak merogol adik kandungnya sendiri yang berusia 14 tahun sehingga melahirkan anak.

Dilaporkan bahawa, kesalahan tersebut dilakukan antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 pada jam 11 malam hingga 12 malam di sebuah rumah di Jempol, Negeri Sembilan.

image is not available
Rogol Adik Kandung Bawah Umur Hingga Lahirkan Anak, Remaja 15 Tahun Mengaku Bersalah. Sumber foto: Astro Awani

Tertuduh mengaku bersalah

Tertuduh yang berusia 15 tahun itu telah membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh melakukan persetubuhan bersama adik kandungnya yang hanya berusia 14 tahun di mana hubungan tersebut adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukuman agama.

Bagi pertuduhan kedua pula, remaja berkenaan didakwa melakkan kesalahan yang sama di lokasi yang sama pada 11 malam hingga 12 malam antara 1 September hingga 10 September pada tahun lepas.

image is not available

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun

Oleh demikian, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pegawai perubatan pada 16 Disember lalu telah dimaklumkan dengan berita di mana seorang budak perempuan berusia 14 tahun bersalin di sebuah rumah.

Pasukan perubatan kemudian telah dikejarkan ke rumah berkenaan dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu bersama seorang bayi lelaki cukup sifat. Bayi tersebut ditemui berada di dalam besen dengan keadaan uri masih lagi bersambung.

Difahamkan bahawa mangsa telah melahirkan bayi berkenaan kira-kira jam 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.

image is not available

Tertuduh kemudiannya dibenarkan diikat jamin

Majistret Norshazwani pada penghakimannya kemudian telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga serta dikenakan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes tersebut selesai.

Selain itu, tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi mahupun mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala remaja berkenaan tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Lagi berita terkini buat anda di sini: