Rogol Anak Tiri, Warga Asing Ditahan Polis

3 Apr 2023 • 9:19 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Berdasarkan laporan, mangsa yang berumur 12 tahun dan tinggal bersama suspek sejak 5 Mac lalu - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang warga asing ditahan polis selepas disyaki merogol anak tirinya dalam kejadian di sebuah rumah lama di kebun kelapa sawit, dekat Merotai di sini, 7 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 9.50 malam Sabtu lalu.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat dalam tempoh kurang 24 jam susulan laporan oleh ahli keluarga mangsa di Balai Polis Desa Kencana, Lahad Datu, kira-kira jam 12.01 tengah malam, hari sama.

“Berdasarkan laporan, mangsa yang berumur 12 tahun dan tinggal bersama suspek sejak 5 Mac lalu, meceritakan kejadian rogol itu kepada kakaknya yang tinggal di Felda Sahabat 20, Lahad Datu menerusi WhatsApp.

“Mangsa mendakwa dirogol suspek pada 7 Mac lalu dan diugut dipukul atau dicederakan sekiranya mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini, seperti dilaporkan BH.

Jasmin berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bombalai menyerbu sebuah rumah di kebun kelapa sawit milik persendirian di Kampung Iban, Merotai.

Katanya, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pagi ini untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“(Manakala) Mangsa akan dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya. – Getaran, 3 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved