
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di sini, yang ditahan kerana melakukan rogol secara berkumpulan serta menyebarkan bahan lucah itu berusia antara 15 hingga 17 tahun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Ahmad Salimi Md Ali, berkata tiga daripada suspek masih belajar di sekolah itu, manakala seorang lagi bekas pelajar sekolah sama.
Beliau berkata, tangkapan dilakukan selepas pengadu berusia 53 tahun dimaklumkan guru disiplin sekolah itu pada jam 11 pagi Ahad lalu berkaitan penularan rakaman video anaknya yang berusia 15 tahun berbogel.
"Berikutan itu, polis menerima satu laporan polis pada jam 8.11 malam hari sama daripada pengadu itu sebelum melakukan tangkapan.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak," katanya lapor BH hari ini.
Terdahulu, media melaporkan empat remaja, tiga daripadanya pelajar sekolah di Baling ditahan polis kerana disyaki terbabit melakukan rogol secara berkumpulan serta menyebarkan bahan lucah yang kemudian ditular di media sosial. - 16 Oktober, 2025
The post Rogol berkumpulan pelajar Baling: 4 suspek utama berusia 15 hingga 17 tahun appeared first on Scoop.

