Rogol berkumpulan: Remaja antara 5 ditahan

11 Jul 2024 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Lima lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan 5, ditahan polis kerana disyaki terlibat kes rogol berkumpulan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, di sini, antara 13 Jun dan 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek yang berumur antara 17 hingga 20 tahun itu ditahan sekitar jam 11 pagi Isnin selepas ibu mangsa membuat laporan.

Beliau berkata, mengikut laporan itu, mangsa, yang mengenali semua suspek, telah dirogol sebanyak tiga kali sejak Jun.

Laporan itu juga mengatakan suspek memecah masuk ke dalam bilik tidur rumah mangsa melalui tingkap antara tengah malam dan jam 3 pagi sebelum memaksa remaja itu melaukan hubungan seks.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Difahamkan, suspek mengugut untuk menyebarkan perbuatan itu kepada pelajar lain di sekolahnya, jika dia enggan menurut kemahuan mereka.

Kejadian dikatakan berlaku pada 13 Jun, 20 Jun dan 5 Julai lalu.

Jasmin berkata, suspek memberitahu ibunya bahawa suspek sering mengganggunya di sekolah sebelum mengakui mereka juga merogolnya.

Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan permohonan perintah tahanan reman oleh pegawai penyiasat kes, Inspektor Voon Yu Wei ke atas kesemua lima suspek tersebut.

Empat orang yang disyaki (OYD) akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 Julai, manakala pelajar Tingkatan Lima itu ditahan sehingga 13 Julai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.