Rogol Dan Samun Nenek 71 Tahun, Warga Asing Berdepan Hukuman Penjara Lebih 30 Tahun Dan Sebatan

14 Sep 2024 • 5:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertuduh berusia 25 tahun dicekup polis

Rogol Dan Samun Nenek 71 Tahun, Warga Asing Berdepan Hukuman Penjara Lebih 30 Tahun Dan Sebatan. Dipetik daripada Astro Awani, seorang pembantu kedai makan dipercayai telah merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun di tangga berhampiran lif sebuah apartmen di Cyberjaya dan tertuduh kini direman selama tujuh hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, perintah reman hingga Jumaat berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sepang pada Sabtu.

image is not available
Rogol Dan Samun Nenek 71 Tahun, Warga Asing Berdepan Hukuman Penjara Lebih 30 Tahun Dan Sebatan. Sumber foto: Berita Harian

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 392

Beliau berkata bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Dalam masa yang sama tertuduh juga akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, katanya dalam kenyataanpada hari ini.

image is not available
Sumber foto: Berita Harian

Warga asing berusia 25 tahun ditangkap

Sebelum ini, pihak polis telah memaklumkan pihak mereka menerima laporan daripada mangsa pada jam 12.08 tengah malam Jumaat.

Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di Cyberjaya dan menahan seorang warga asing yang berusia 25 tahun.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas telefon pintar dan barang kemas milik mangsa yang dipercayai disamun suspek.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: