
LAHAD DATU: Mahkamah Sesyen pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 26 tahun dan lima kali sebatan royan terhadap seorang guru agama berusia 48 tahun atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan.
Hakim Suhaila Selag menjatuhkan hukuman itu terhadap Basry Asang yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja terbabit.
Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Basry didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di daerah ini, antara jam 1 petang hingga 2 petang pada 18 Ogos 2024.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dia didakwa merogol mangsa di tempat yang sama pada 19 Ogos 2024.
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama serta 13 tahun penjara dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berturut-turut.
Menurut fakta kes, keluarga mangsa membuat laporan polis pada 20 Ogos 2024. Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk pemeriksaan.
Laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran, mengambil kira trauma yang dialami mangsa dan keseriusan kesalahan itu, yang menurut beliau menunjukkan pengabaian sepenuhnya terhadap maruah manusia.

