
Kota Kinabalu: Seorang bekas guru disiplin sebuah sekolah rendah di Telupid berusia 60 tahun, kini perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan dia menjalani kesemua hukuman bagi tiga pertuduhan merogol dan meliwat muridnya, secara serentak.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Supang Lian dan Datuk Sri Mariana Haji Yahya, telah membuat keputusan majoriti bagi Freddie @ Ampat Unsin selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, hakim sebulat suara mengesahkan sabitan terhadap Freddie.
Freddie telah merayu terhadap sabitan dan hukuman itu.
SPONSORED CONTENT The Fives showcases great placemaking Residents of AIRA Residence can do their shopping at The Fives, just located downhill about five minutes away. A convenience store – the Qra is located there besides other eatery outlets. Read more Bagi pertuduhan pertama, Freddie dipenjara 15 tahun dengan tiga sebatan kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu antara Mac dan Julai 2016 pada jam 10 pagi di bilik gerakan sekolah itu di Telupid.
Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 18 tahun dan dikenakan empat sebatan kerana merogol kanak-kanak sama pada masa yang sama di bilik simpanan peralatan sukan sekolah itu antara Mac dan Julai 2016.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2(e) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, Freddie dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun lagi dengan dua sebatan kerana memasukkan kemaluannya ke dalam dubur kanak-kanak sama antara Jun dan Julai 2016 pada jam 10 pagi di bilik gerakan sekolah itu.
Mahkamah rayuan telah memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan serentak, bermakna Freddie hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 18 tahun.
Pada 27 Ogos 2019, Mahkamah Sesyen Sandakan telah menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada Freddie selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan terhadapnya.
Dia kemudian merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi, yang memerintahkan Freddie menjalani hukuman penjara 18 tahun dan tujuh tahun itu secara berturut-turut serta mengesahkan sabitan kesalahannya.
Peguam Hamida Ambo mewakili Freddie manakala Timbalan Pendakwa Raya Fairuz Johari hadir untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
