
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang merogol sepupunya yang bawah umur sebanyak dua kali, dipenjara 20 tahun serta dikenakan dua kali sebatan rotan.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki itu yang mengekalkan pengakuan bersalahnya apabila kesnya dihadapkan untuk fakta dan hukuman pada Khamis.
Atas pertuduhan pertama, dia dipenjara 10 tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dan dua bulan itu jam 12.30 tengah hari pada 5 Mei tahun ini di sebuah perhentian bas di Kimanis, Papar.
Untuk pertuduhan kedua, dia dipenjara sepuluh tahun lagi serta dua kali sebatan rotan kerana merogol remaja sama pukul 3 petang pada hari sama di sebuah kampung di Papar.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara secara berturut-turut dari tarikh dia ditangkap.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Selepas menjalani hukuman penjara, lelaki itu diperintah berada di bawah pengawasan polis selama setahun.
Semasa mitigasi, lelaki yang tidak diwakili itu, merayu hukuman ringan dengan mengatakan bahawa ia adalah kesalahan pertamanya.
Dia juga memberitahu mahkamah bahawa keluarganya membelanya untuk mendapatkan wang.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan kerana ia merupakan kesalahan serius kerana mangsa adalah sepupunya.
Al Hakim menghujahkan lelaki itu merogol mangsa di tempat awam iaitu merupakan perhentian bas.
Mahkamah diberitahu kejadian rogol pertama berlaku ketika lelaki itu menghantar mangsa pulang menggunakan motosikal dari majlis akad nikah, tiba-tiba lelaki itu memberhentikan motosikal di perhentian bas dan merogol mangsa.
Kejadian kedua berlaku di rumah lelaki itu ketika dia membawa mangsa ke rumahnya dan merogolnya jam 3 petang pada hari yang sama.
Susulan laporan polis, dia ditahan selepas itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
