Rogol Sepupu Sendiri, Seorang Remaja Di Kuching Dihukum Penjara 14 Tahun

23 Mar 2023 • 4:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Remaja itu juga melakukan serangan seksual terhadap sepupunya yang ketika itu berusia 12 tahun

Rogol Sepupu Sendiri, Seorang Remaja Di Kuching Dihukum Penjara 14 Tahun. Dilaporkan seorang remaja berusia 19 tahun dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuching hari ini.

Remaja terbabit didapati bersalah selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan serangan seksual terhadap sepupunya yang bawah umur.

image is not available
Rogol Sepupu Sendiri, Seorang Remaja Di Kuching Dihukum Penjara 14 Tahun

Kejadian berlaku pada tahun lepas

Menurut laporan, kejadian terbabit berlaku pada tahun lepas ketika mangsa berusia 12 tahun. Pesalah, yang merupakan sepupu mangsa, dilaporkan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Padawan pada 12 Julai 2022.

Berdasarkan fakta kes, mangsa mabuk dan tertidur selepas pesalah memaksanya minum ‘langkau’. Keesokan paginya, dia diberitahu oleh rakannya, yang tidur di sebelahnya, bahawa pesalah telah menanggalkan pakaiannya dan meletakkan dirinya ke atas tubuh bogel mangsa semasa mangsa mabuk dan tidur.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan menjalani pemeriksaan oleh pakar obstetrik dan ginekologi, yang mengesahkan mangsa mengalami koyakan selaput dara.

Laporan polis telah dibuat dan pesalah kemudiannya ditahan pada hari yang sama sekitar jam 3:15PM.

Kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh pesalah ditahan

Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusof, menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan dua sebatan terhadap pesalah selepas meneliti laporan sosialnya yang dibentangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagi pertuduhan pertama, pesalah remaja itu dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana merogol mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan serangan seksual, dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Kedua-dua hukuman diperintahkan untuk berjalan serentak bermula dari tarikh pesalah remaja itu ditahan.

Pendakwaan kes dilakukan oleh timbalan pendakwa raya Danial Mohamad Ali manakala pesalah remaja itu tidak diwakili peguam bela.

Lagi di sini: