
TAWAU: Seorang tukang cuci berusia 47 tahun dipenjara lapan tahun dan diperintah dikenakan empat sebatan kerana merogol seorang remaja sehingga melahirkan anak pada November tahun lalu akibat perbuatan itu.
Muhammad Ali, yang juga pemegang pasport warga Indonesia mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, kepada pertuduhan terhadapnya pada Selasa.
Muhammad telah merogol mangsa berusia 13 tahun itu di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Semporna, pada 4 petang 2 April 2022.
Kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Selepas menjalani hukuman penjara, Muhammad diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal. Mengikut fakta kes, Muhammad telah merogol mangsa ketika dia sedang tidur seorang diri di rumahnya.
Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, di mana pegawai perubatan mengesahkan dia hamil 38 minggu dan selamat melahirkan bayi lelaki sebelum mendedahkan dia dirogol oleh Muhammad.
Muhammad ditangkap pada 21 Nov 2022 selepas laporan polis dibuat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana memohon hukuman berat dikenakan ke atas Muhammad dengan mengambil kira faktor kepentingan awam, selain kesan trauma yang dialami mangsa selepas dirogol.
Katanya, mangsa yang masih bersekolah sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak perempuan lain, namun terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu pada usia yang sangat muda.
Mohd Suhaimi menyatakan bahawa laporan kimia mengesahkan Muhammad adalah bapa kandung bayi itu.
“Pihak pendakwaan mengambil kira faktor bahawa Muhammad dalam kes ini adalah warga asing yang memasuki negara ini dan harus dijatuhkan hukuman berat selain perlu diusir pulang ke negara asalnya,” kata Mohd Suhaimi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
