Roket Blue Origin New Glenn Berjaya Kembali Mendarat Semula Tetapi Kargo Gagal Ke Orbit

WorldSpace
20 Apr 2026 • 10:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Roket Blue Origin New Glenn berjaya melakukan pendaratan semula pasca pelancaran seperti roket SpaceX Falcon. Ia kali pertama New Glenn berjaya melakukan pendaratan semua selepas ia kali pertama dilancarkan pada Januari tahun lalu. Menerusi New Glenn, Blue Origin ini memenangi kontrak pelancaran satelit, krew dan kargo seperti SpaceX sekaligus menguatkan lagi persaingan antara Jeff Bezos dan Elon Musk.

Image from: Roket Blue Origin New Glenn Berjaya Kembali Mendarat Semula Tetapi Kargo Gagal Ke Orbit

Walaupun New Glenn berjaya melakukan pendaratan semula secara menegak di atas sebuah platform di permukaan laut, kargo satelit BlueBird 7 yang dilancarkan untuk AST SpaceMobile gagal mencapai orbit sepatutnya. AST mengesahkan roket tahap kedua tidak meletakkan satelit ke orbit dan oleh sebab itu ia akan dinyahorbit dalam masa terdekat.

Image from: Roket Blue Origin New Glenn Berjaya Kembali Mendarat Semula Tetapi Kargo Gagal Ke Orbit

New Glenn stands adalah sama panjang dengan roket SLS (98 meter) yang melancarkan misi Artemis II mengelilingi bulan awal bulan lalu. Ia adalah roket yang akan digunakan oleh Blue Origin untuk melancarkan kenderaan pendaratan bulan Blue Moon yang bakal dipilih untuk misi Artemis IV nanti.

Kelewatan Spaceship oleh SpaceX menyebabkan NASA memilih Blue Origin sebagai sistem sandaran bagi memastikan Artemis IV akan dapat dilancarkan menjelang 2028 seperti dirancang kerana ia sudahpun mengalami beberapa kelewatan.

View Original Article