‘Roket mereka tak pernah berlepas’, Abang Johari sindir DAP

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 10:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

‘Roket mereka tak pernah berlepas’, Abang Johari sindir DAP

PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari Openg menyindir DAP susulan kritikan parti itu terhadap projek infrastruktur kerajaan negeri, dengan menyifatkan lambang roketnya sebagai roket yang tidak pernah berlepas.

Sindiran itu dibuat ketika beliau mengulas hasrat Sarawak melancarkan satelit sendiri.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri pernah didekati duta Arab Saudi dan Rusia bagi membincangkan potensi kerjasama pelancaran roket berikutan kedudukan Sarawak berhampiran garisan Khatulistiwa.

“Kami sebenarnya tidak begitu berminat dengan roket. Di sini pun sudah ada roket, tetapi sekadar gambar. Ia memecahbelahkan rakyat.

“Roket sama itulah yang menyuruh kita menghentikan projek Tanjung Embang dan Transit Aliran Autonomi (ART). Roket itu tidak pernah berlepas, masih di takuk lama,” katanya seperti dipetik Dayak Daily.

Tanjung Embang adalah cadangan projek pelabuhan laut dalam baharu, manakala ART bertujuan menambah baik sistem pengangkutan awam di Kuching.

Berucap pada persidangan perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching, Abang Johari berkata Sarawak lebih berminat membangunkan keupayaan satelit sendiri berbanding melaksanakan pelancaran roket.

Kenyataan itu menyusul kritikan Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang menggesa kerajaan negeri menghentikan pembangunan lanjut projek ART.

Selain itu, menilai semula cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu Kuching serta membatalkan projek pelabuhan laut dalam.

Chong membangkitkan kebimbangan mengenai perbelanjaan kerajaan negeri dan defisit belanjawan yang dicatatkan secara berturut-turut.

Dalam perkembangan berasingan, Abang Johari menolak cadangan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) supaya tempoh seseorang menyandang jawatan premier dihadkan kepada dua penggal.

“Dari mana datangnya cadangan itu? Ia tiada kena-mengena dengan kami,” katanya.

Cadangan mengehadkan tempoh jawatan premier kepada dua penggal merupakan antara janji pilihan raya PBDS, yang bertujuan mengelakkan seseorang memegang jawatan itu terlalu lama.

  

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved