Rokok bernilai RM63,460 dirampas, lelaki ditahan

9 Jan 2026 • 4:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Seorang warga asing disyaki terbabit dalam aktiviti rokok tidak bercukai ditahan dalam operasi dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 di pekan Semporna pada Rabu.

PGA Kunak dalam kenyataan berkata, lelaki berkenaan ditahan susulan serbuan ke atas sebuah premis di Medan Rakyat Tongtalun menerusi Op Taring jam 10 pagi.

Pasukan serbuan menahan suspek yang ditemui berada di dalam premis berkenaan bersama sejumlah besar rokok pelbagai jenama tidak bercukai yang disimpan di dalam kotak serta bekas simpanan.

“Sebanyak 198 karton rokok bernilai c dirampas dalam serbuan itu. Barang rampasan dan suspek yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959,” menurut kenyataan itu.