Rokok tidak bercukai bernilai RM500,000 dirampas

22 Jul 2026 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Rokok tidak bercukai bernilai RM500,000 dirampas

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berjaya merampas lebih 396,000 batang rokok tidak bercukai bernilai lebih RM500,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Keling.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjaga premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam operasi itu, polis menemui sebanyak 396,240 batang rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai. Suspek bersama semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan penyimpanan barangan tidak bercukai yang menjejaskan hasil negara,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi membantu pihak polis memperkukuh usaha penguatkuasaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved