Roll Royce Akan Membina Reaktor Nuklear Permukaan Bulan Untuk Agensi Angkasa UK

TechnologyDigital
20 Mar 2023 • 6:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Agensi Angkasa UK menganugerahkan kontrak membina reaktor nuklear yang akan digunakan pada permukaan bulan. Kontrak bernilai £2.9 juta diberikan untuk membina reaktor prototaip dengan rekaan modular. Sekiranya ia berjaya ditunjukkan beroperasi seperti yang dikehendaki, ia akan digunakan di permukaan bulan seawal 2029.

image is not available

Tenaga nuklear menjadi pilihan kerana waktu malam di bulan berlarutan sehingga 14 hari, sistem kuasa panel solar juga tidak praktikal untuk membekalkan kuasa elektrik yang berterusan. Haba yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk memanaskan markas yang dibina di permukaan bulan ketika suhu turun mendadak di waktu malam ini.

image is not available

Rolls Royce memenangi bidaan kerana menunjukkan rekaan dan konsep mereka seperti yang diminta oleh kerajaan. Mereka juga sudah mempunyai pengalaman membina reaktor nuklear kecil yang digunakan dalam kapal selam milik Tentera Laut Diraja UK selama berdekad lamanya.

Selain digunakan pada permukaan bulan, reaktor mini yang dihasilkan ini kelak juga boleh menjadi sumber kuasa untuk pengembaraan ke angkasa lepas melangkaui bulan. Enjin nuklear DRACO yang dibangunkan oleh NASA dan DARPA misalnya adalah khusus untuk pernjalanan ke Marikh.