Roller Coaster Alami Masalah Teknikal, Pengunjung Terperangkap ‘Tergantung’ Di Udara Diselamatkan 

4 Sep 2022 • 4:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Roller Coaster Alami Masalah Teknikal, Pengunjung Terperangkap ‘Tergantung’ Di Udara Diselamatkan

Sekurang-kurangnya empat orang pengunjung di taman tema Movie World Australia berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam roller coaster yang ‘tergantung’ di udara.

Menurut Daily Mail, mereka telah terperangkap dalam Scooby-Doo Spooky Coaster sekitar 4 petang hari ini.

Jurucakap Movideo World berkata insiden itu berlaku disebabkan oleh ‘tingkah laku’ pengunjung yang mengakibatkan permainan itu terhenti di zon tinggi.

Pihaknya juga telah menghubungi Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan Queensland (QFES) untuk melakukan operasi menyelamat.

image is not available
Gambar: Daily Mail

“Pengunjung berada dalam keadaan selamat sepanjang proses tersebut dan pasukan pakar kami sentiasa berkomunikasi dengan mereka,” katanya.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku di dalam insiden tersebut.

Difahamkan roller coaster tertutup yang bertemakan kartun Scooby Doo itu sangat popular di taman tema tersebut.

Pada tahun 2018, permainan itu telah menjalani rombakan tema yang ketara dan dibuka semula pada bulan Disember dengan nama Scooby-Doo Spooky Coaster.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku di taman tema itu. Pada April lalu, seorang kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan yang serius selepas kepalanya terhantuk ketika menaiki Looney Tunes Carousel.

Sumber: Daily Mail