Rolls-Royce Ghost Series II 2025 Didedah, Ada Penambahbaikan

LocalCars
11 Oct 2024 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta mewah, Rolls-Royce mendedahkan Rolls-Royce Ghost Series II 2025, baru-baru ini.

Biarpun reka bentuknya diperbaharui dan menerima beberapa penambahbaikan namun ia tetap mengekalkan aura mewahnya.

Seperti mana Phantom dan Cullinan yang diperbaharui, model Ghost 2025 juga dikemas kini dengan menggunakan nama 'Siri II'.

image is not available

Antara kemasan estetik yang dilakukan ialah ia kini menggunakan lampu depan jenis LED dan agak nipis.

Menjengah bahagian belakang, lampu belakang vertikal yang diinspirasikan oleh model elektrik Rolls-Royce Spectre memberikan Ghost penampilan yang lebih moden.

image is not availableimage is not available

Ia turut dipadankan bersama roda 22 inci dengan sembilan jejari baharu dimana ia adalah pilihan pemperibadian untuk pemilik yang mahukan keunikan.

image is not available

Sementara itu, bahagian kabin nyata menawarkan ciri yang cukup mewah memandangkan ia hadir dengan panel kaca signatur yang merentangi kabin, menggabungkan skrin infotainmen yang canggih.

Sama seperti Siri II Phantom dan Cullinan, Ghost Series II juga mendapat manfaat dengan teknologi terkini melalui penggunaan perisian Spirit .

image is not availableimage is not available

Selain itu, dengan adanya splikasi Whispers, ia membolehkan kawalan jauh ke atas fungsi kenderaan seperti kunci pintu dan navigasi.

Lebih menarik, penumpang belakang dilengkapi dengan infotainmen yang dinaik taraf di mana dua peranti strim kandungan serentak, sambil menikmati sistem bunyi 18 pembesar suara 1,400 watt yang memberikan pengalaman audio yang luar biasa.

image is not available

Jentera ini juga didatangkan trim kayu berwarna Kelabu dan fabrik mewah Duality Twill. Ia adalah sejenis fabrik buluh eksklusif yang mengambil masa lebih 20 jam untuk dihasilkan.

Menyentuh mengenai prestasi, Ghost Series II masih menggunakan enjin 6.75 liter V12 pengecas turbo berkembar dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 563hp dan tork 763Nm dan digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan.

View Original Article