Rolls Royce Melengkapkan Pembinaan Enjin Jet Terbesar Dunia Yang Menggunakan Bahan Api Lestari

TechnologyDigital
22 Dec 2022 • 11:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kapal terbang ialah sistem pengangkutan awam yang paling mencemarkan di dunia. Tapak karbon seorang penumpang untuk satu penerbangan merentas benua adalah lebih besar dengan tapak karbon seorang penduduk dunia ketiga. Pelbagai usaha dilakukan industri aeronautik untuk mengurangkan pencemaran. Rolls Royce sebagai antara pengeluar enjin ternama dunia telah melengkapkan pemasangan enjin jet terbesar pernah dihasilkan.

image is not available

Enjin Rolls Royce UltraFan mempunyai diameter 3.5 meter yang melangkaui pemegang rekod sebelum ini General Electric GE90. Dengan rekaan baharu, kecekapan enjin UltraFan adalah sehingga 25% berbanding enjin Rolls Royce Trent yang digunakan sekarang. Ini seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 10% pada pesawat yang menggunakannya.

image is not available

Tetapi UltraFan paling unik kerana ia yang pertama direka khusus untuk menggunakan bahan api lestari sepenuhnya. Selagi bahan api yang lebih hijau tidak dibangunkan, penggunaan enjin yang mempunyai kecekapan lebih tinggi serta penggunaan bahan api lestari ialah penyelesaian sementara.