Rom: Pakar Psikiatri Maut Diserang Bekas Pesakit

25 Apr 2023 • 9:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ketua unit Perkhidmatan Psikiatri itu cedera parah selepas dipukul di kepala berulang kali oleh Gianluca Paul Seung. - Gambar fail

ROM - Seorang pakar psikiatri meninggal dunia di sebuah hospital di Pisa selepas diserang oleh bekas pesakitnya, lapor ANSA.

Barbara Capovani yang bertugas di Hospital Santa Chiara sebagai ketua unit Perkhidmatan Psikiatri cedera parah selepas dipukul di kepala berulang kali oleh Gianluca Paul Seung.

Ketika kejadian Capovani sedang membuka kunci basikalnya dan hendak pulang selepas shiftnya tamat pada Jumaat.

Polis menahan Seung di rumahnya pada malam Sabtu atas tuduhan cubaan membunuh. Capovani pernah merawat Seung pada 2019.

Suspek mempunyai rekod berkelakuan ganas dan mempunyai perasaan kurang senang terhadap Capovani.

Insiden itu adalah yang terkini dalam siri serangan terhadap profesional perubatan selepas kejadian terbaru di Chioggia dan Lodi.

Menurut data kesatuan doktor dan pengarah perubatan, Anaao-Assomed, pakar psikiatri ialah kategori profesional perubatan yang sering mengalami serangan iaitu sebanyak 34 peratus, diikuti oleh kakitangan jabatan kecemasan sebanyak 20 peratus. - Bernama/Ansa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved