Roma tunjuk minat untuk khidmat Sancho

Football
14 Aug 2025 • 10:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sancho. Foto Agensi

AS Roma dilaporkan telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat pemain sayap England, Jadon Sancho, yang terus tersisih daripada skuad utama Manchester United sejak pramusim lalu.

Sumber kelab tidak mendedahkan jumlah bidaan atau sama ada ia sudah diterima, namun langkah itu membuktikan minat serius Roma terhadap bintang berusia 25 tahun berkenaan.

Sancho sebelum ini telah diarahkan mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September.

Selain Roma, Juventus yang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini turut dikaitkan sebagai destinasi berpotensi buat bekas pemain Borussia Dortmund itu.

Sancho kembali ke Old Trafford selepas Chelsea membayar £5 juta (RM28 juta) untuk membatalkan obligasi membelinya, setelah dipinjamkan semusim di Stamford Bridge.

Terdapat juga khabar bahawa Roma berminat mendapatkan Sancho secara pinjaman dengan klausa pembelian di akhir musim.

Bagaimanapun, situasi itu rumit kerana kontraknya bersama United bakal tamat tahun depan.

United memiliki pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi, tetapi faktor gaji tinggi menimbulkan persoalan sama ada mereka mahu menggunakannya.

United bertegas mahu menjual Sancho, namun semakin hampir tarikh tutup perpindahan tanpa ada persetujuan, semakin besar kemungkinan mereka mempertimbangkan pinjaman bagi mengurangkan beban gaji kelab.

Sejak awal pramusim, Sancho bersama tiga lagi pemain, Alejandro Garnacho, Antony dan Tyrrell Malacia, diarahkan berlatih berasingan oleh pengendali Ruben Amorim kerana dipercayai akan meninggalkan kelab sebelum jendela perpindahan berakhir.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved