Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Entertainment
30 Sep 2022 • 7:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SERING tampil romantis, pasangan selebriti Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar menarik perhatian ramai kerana kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Bagaimanapun bahagia pasangan selebriti popular Indonesia itu teruji apabila Lesti membuat laporan polis selepas menjadi mangsa kekerasan Rizky. Segalanya bermula selepas wanita itu mengetahui suaminya berlaku curang.

image is not available

 

Menurut News Detik, aktor berusia 27 tahun dikatakan bertindak agresif dengan memukul isterinya selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah ibu bapa.

Rizky yang berang dipercayai telah menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai. Kejadian tersebut dipercayai dilakukan berulang kali.

image is not available

Tidak terhenti di situ, dia kemudian didakwa menarik tangan mangsa dan menghempasnya ke lantai bilik air. Tindakan itu menyebabkan Lesti mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher.

Turut tular satu foto yang memperlihatkan mata Lesti lebam namun tidak dapat dipastikan apakah punca kecederaan itu.

image is not available

Pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

image is not available

Namun sehingga kini, Lesti dan Rizky masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.