Rombakan kabinet hak mutlak PM: Johari

Politics
1 Oct 2023 • 5:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan ruang untuk membuat sebarang keputusan berhubung rombakan Kabinet, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani (gambar).

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata keputusan sedemikian adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Perdana Menteri akan susun dia punya pasukan, macam main bola. Dia tidak boleh main sorang-sorang. Dia ada pasukan yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri yang perlu mengambil masa untuk menyesuaikan.

“Tidak boleh mana-mana pihak memberi tekanan sebab kita kena ambil kira Kerajaan Perpaduan ini baru 10 bulan,” kata beliau selepas menyantuni masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Gapoi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal bakal digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Okt ini. - Bernama