
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan senarai Kabinet yang baharu, dengan beberapa menteri digugurkan, beralih kementerian serta pelantikan baru.
Dalam senarai pengumuman Perdana Menteri itu, Hannah Yeoh diumumkan untuk menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Manakala tempat Hannah diganti oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.
Turut dilantik ke jawatan Menteri ialah Datuk Seri R. Ramanan yang akan mengetuai Sumber Manusia, menggantikan Steven Sim yang bertukar ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan
Dr Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula menerajui Kementerian Ekonomi.

Manakala Datuk Mustapha Sakmud dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah Sarawak) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Sementara senarai yang digugurkan ialah Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Dr Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.

Anwar turut mengumumkan senarai Timbalan Menteri yang terlibat dalam rombakan ini iaitu
- Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri MITI
- Mohamad Alamin dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Liew Chin Tong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan
- Marhamah Rosli dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Lo Su Fui dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
The post Rombakan Kabinet: Hannah, Steven tukar kementerian, Zaliha, Na’im digugurkan appeared first on Scoop.
