Rombakan Kabinet: Saya Masih Terkejut – Mohamed Khaled

Politics
12 Dec 2023 • 2:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rombakan Kabinet: Saya Masih Terkejut – Mohamed Khaled

PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) — Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih terkejut dengan pertukaran portfolio daripada Menteri Pendidikan Tinggi kepada Kementerian Pertahanan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Saya tidak mahu cakap lagi sebab saya masih terkejut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefaham (MoU) bagi Penawaran Perkhidmatan Pelantar Kolektif antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Malaysia Academic Consortium Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman rombakan Kabinet hari ini.

Dalam rombakan itu, jawatan Menteri Pendidikan Tinggi akan diambil alih oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini adalah Menteri Luar.

Datuk Seri Mohamad Hasan pula bertukar daripada portfolio Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved