Rompak: Bekas guru rugi lebih RM12,000

1 Jun 2024 • 2:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Polis sedang menyiasat kes rompakan yang dilakukan terhadap seorang bekas guru di Kampung Datung Melabau pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang Rabu itu.

Menurut laporan itu, semasa pengadu memeriksa pintu dapurnya, dia terkejut melihat seorang lelaki tidak dikenali dan bertopi keledar penuh berdiri di hadapan pintu itu.

Pengadu cuba menutup pintu dapur itu tetapi suspek telah menolak pintu tersebut sehingga pengadu terjatuh.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Suspek kemudian mengikat tangan pengadu di belakangnya menggunakan pita warna jernih dan membawa pengadu ke dalam bilik tidur, sambil mengugut akan membunuhnya jika dia menjerit meminta tolong.

Suspek kemudian mengambil gelang emas yang dipakai di tangan kanan pengadu, dan dua beg tangan pengadu yang diletakkan atas meja makan yang mengandungi dokumen pengenalan diri pengadu dan wang tunai sebanyak RM2,300.

“Semua wang tunai termasuk kad pengenalan, beberapa kad ATM, kad pencen dan lesen memandu dibawa lari,” katanya, menambah anggaran kerugian ialah RM12,700.

Selain itu, suspek juga dipercayai menebuk tayar kereta mangsa hingga pancit sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Ismail berkata suspek memakai seluar jeans berwarna biru dan memakai jaket berwarna hitam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394/506 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.