Rompak kedai runcit guna lastik di KB, polis kesan suspek

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 10:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Polis sedang mengesan suspek terlibat dalam kejadian rompakan kedai runcit menggunakan lastik di daerah ini, pada 11 Disember lalu.

Sejak pagi isnin, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 59 saat tular di media sosial memaparkan dua lelaki memakai topi keledar bertindak memecah masuk premis berkenaan bersenjatakan lastik.

AdvertisementKetua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain dalam kenyataannya mengesahkan kejadian terbabit.

"Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 11 Disember lalu kira-kira jam 4 pagi di sebuah premis tanpa nama di pekan Kota Belud".

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more "Kedua lelaki terbabit berjaya mengambil sejumlah wang yang disimpan dalam laci premis berkenaan dan berlaku pergelutan antara dua suspek bersama mangsa," katanya.

Shahrudin berkata, tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku terhadap mangsa manakala pihak polis bertindak menahan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun bagi membantu siasatan.