Rompak Kedai Runcit, Suspek Samun Dirakam CCTV Di Jalan Nanas Kuching

2 Feb 2023 • 11:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek bersenjatakan pisau

Rompak Kedai Runcit, Suspek Samun Dirakam CCTV Di Jalan Nanas Kuching. Polis kini memburu seorang lelaki samun bersenjata pisau di sebuah kedai runcit dekat Jalan Nanas, Kuching, 3 petang kelmarin.

image is not available
Rompak Kedai Runcit, Suspek Samun Dirakam CCTV Di Jalan Nanas Kuching. Kredit: Warta Rakyat

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian samun itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM900.

Polis bantu kesan suspek

“Pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kuching dan Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak digerakkan bagi mengesan suspek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

image is not available

Orang ramai diminta memberi maklumat bagi membantu mengesan suspek.

Sejak semalam tular rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan aksi suspek melakukan jenayah samun.

Siap acu pisau ke arah mangsa

Suspek dilihat merangkul leher mangsa sambil mengacu sebilah pisau lalu menyuruh mangsa mengeluarkan wang tunai yang terdapat di dalam mesin tunai.

Suspek kemudian melarikan diri selepas mangsa menyerahkan wang.

Baca lagi artikel terkini di sini: