RON95, RON97 tanpa subsidi naik 15 sen

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 9:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RON95, RON97 tanpa subsidi naik 15 sen

PETALING JAYA – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat 15 sen seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Oktober ini, manakala harga diesel kekal.

Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga RON97 kini ditetapkan pada RM5.15 seliter berbanding RM5.00 sebelum ini.

RON95 tanpa subsidi pula meningkat kepada RM4.67 seliter berbanding RM4.52 seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi kekal pada RM5.27 seliter bagi tempoh sama.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), kenaikan harga itu berlaku ketika harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar AS$100 (RM421) setong sepanjang tempoh pengiraan APM.

Jelas kenyataan itu, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi dengan tekanan harga kini lebih tertumpu kepada produk petroleum bertapis.

Keadaan itu turut dipengaruhi keputusan China menggantung sebahagian besar eksport bahan api bagi Oktober, sekali gus mengehadkan bekalan produk petroleum bertapis di pasaran antarabangsa.

Dalam pada itu, kerajaan mengekalkan harga petrol dan diesel bersubsidi menerusi mekanisme Budi Madani bagi melindungi pengguna yang layak daripada kesan kenaikan harga global.

“Penerima Budi RON95 (Budi95) terus membayar RM1.99 seliter, berbanding harga tanpa subsidi RM4.67 seliter. Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.68 seliter, bersamaan 57 peratus daripada harga tanpa subsidi.

“Bagi penerima Budi Masani Diesel (Budi Diesel) pula, harga kekal RM2.10 seliter berbanding harga tanpa subsidi RM5.27 seliter. Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM3.17 seliter, bersamaan 60 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi, “kata MoF.

Menurut kementerian itu, harga petrol dan diesel bersubsidi lain turut dikekalkan iaitu RM2.05 seliter bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan RM2.15 seliter bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).-KOSMO! ONLINE

The post RON95, RON97 tanpa subsidi naik 15 sen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved