Ronaldo beri bayangan tinggalkan Al-Nassr

Football
27 May 2025 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Masa depan Ronaldo di Al-Nassr masih menjadi tanda tanya. FOTO: AFP

CRISTIANO Ronaldo memberi bayangan bakal meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr selepas memuat naik kenyataan misteri 'babak sudah tamat' dan disertakan dengan gambarnya memakai jersi Al-Nassr di media sosial.

Ronaldo menyertai Al-Nassr pada tahun 2022 selepas meninggalkan Manchester United dan kontraknya bersama kelab tersebut dijangka tamat pada musim panas ini.

"Babak ini telah tamat. Cerita? Masih ditulis. Terima kasih kepada semua," katanya.

Kenyataan tersebut hadir hanya beberapa jam selepas musim Liga Pro Saudi melabuhkan tirainya, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di kelab itu.

Al-Nassr menamatkan musim di tangga ketiga liga dan gagal mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Asia selepas tewas kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada peringkat separuh akhir April lalu.

Namun, Ronaldo tetap menonjol apabila muncul sebagai penjaring terbanyak liga dengan 24 gol.

Untuk rekod, pemenang lima kali Ballon d’Or itu sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan karier bola sepaknya bersama Al-Nassr.

Satu jendela perpindahan khas akan dibuka dari 1 hingga 10 Jun ini bagi membolehkan 32 pasukan yang terlibat dalam Piala Dunia Kelab membuat urusan pembelian pemain.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved