Ronaldo, Georgina umum pertunangan selepas lapan tahun bercinta

FootballFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 8:08 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

RIYADH – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, dan kekasihnya, Georgina Rodriguez, akhirnya mengikat tali pertunangan selepas lapan tahun menjalin hubungan.

Georgina mengumumkan perkara itu melalui hantaran di Instagram yang memaparkan gambar cincin pertunangan berserta kapsyen menyatakan persetujuannya untuk sepanjang hayat.

Pasangan romantis itu telah dikurniakan empat cahaya mata bersama iaitu pasangan kembar Eva Maria dan Mateo, Alana Martina, serta Bella dimana saudara kembar Bella itu telah meninggal dunia pada tahun 2022.

Selain itu, mereka turut membesarkan anak sulung Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr., hasil hubungan terdahulu bintang bola sepak tersebut.

Ronaldo yang kini bermain untuk kelab Al-Nassr FC di Arab Saudi dilaporkan bahagia dengan berita gembira ini, yang sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status hubungan mereka sejak beberapa tahun lalu. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved