Ronnie Loh umum keluar, lepas jawatan PKDM

Politics
12 Nov 2023 • 1:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengasas merangkap Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Ronnie Loh mengumumkan keluar parti dan melepaskan dua jawatan itu.

Katanya, keputusan itu dibuatnya tanpa pengaruh mana-mana pihak dan dibuat selepas pertimbangan dan perbincangan teliti bersama penyokongnya demi kebaikan Negeri Sabah.

“Saya telah berusaha tanpa henti demi kemajuan negeri Sabah tercinta. Namun dengan rasa kesal, saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKDM yang tidak konsisten dalam pendirian dan mengutamakan politik peribadi. Selepas perbincangan teliti dengan penyokong saya, saya dengan sukacitanya mengumumkan sokongan saya kepada Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah Sabah (GRS).