Rooftop Bar Gaya Jepun Pertama Di Kuching Bakal Dibuka Ogos Ini

12 Jul 2022 • 1:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anda kini boleh membuat reservation anda!

Rooftop Bar Gaya Jepun Pertama Di Kuching Bakal Dibuka Ogos Ini. Terdapat banyak bar menarik di Kuching tetapi akan ada satu bar rooftop yang mungkin akan menarik perhatian anda!

Sakugei Yakitori Rooftop Bar, rooftop bar ala Jepun pertama di Kuching, akan dibuka pada Ogos ini dan anda boleh mula membuat tempahan anda sekarang!

image is not available
Rooftop Bar Gaya Jepun Pertama Di Kuching Bakal Dibuka Ogos Ini

Siap dengan hiasan ala Jepun yang menarik!

Sakugei Yakitori Rooftop Bar terletak di Gala City, Kuching dan dihiasi dengan hiasan berinspirasikan Jepun yang cantik.

Sesuai dengan namanya, dari bawah anda boleh melihat sebatang pokok Sakura serta tanglung yang menerangi bar tersebut, menjadikannya kelihatan seperti mini Japan!

Bar ini mengambil inspirasi daripada ‘izakaya’ di Jepun, iaitu sejenis bar Jepun informal yang menyajikan minuman beralkohol dan makanan ringan. Di Jepun, premis ini biasanya akan dikunjungi sebagai tempat lepak santai untuk minum selepas kerja! Boleh katakan anda boleh pergi untuk menikmati ‘happy hour’ anda di sini!

Sebagai sebuah rooftop bar, bersedialah untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan nightlife Kuching serta menikmati hidangan Jepun yang akan disajikan seperti Yakitori (Kyushikayi), beberapa hidangan bar dan pelbagai jenis minuman beralkohol.

Bakal dibuka Ogos ini, tempahan kini boleh dibuat

Buat sementara waktu, Sakugei Yakitori Rooftop Bar mengumumkan bahawa mereka akan membuka premis mereka pada Ogos 2022 ini.

Jika anda berminat untuk mengunjungi bar ini, anda boleh membuat tempahan anda mulai sekarang! Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di bawah:

SAKUGEI YAKITORI ROOFTOP BAR

Contact:

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved