RoS batal Perikatan Nasional?

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RoS batal Perikatan Nasional?
Perkembangan itu berlaku ketika PN berdepan kemelut dalaman susulan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS berkaitan kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan. Foto hiasan

SHAH ALAM – Kedudukan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan politik kini menjadi tanda tanya susulan tular satu tangkap layar didakwa surat pembatalan pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Notis bertarikh 22 September 2026 itu difahamkan memberi tempoh 30 hari kepada Pengerusi PN untuk mengemukakan representasi kepada RoS.

Keratan sama turut mendakwa satu perintah bertulis bertarikh 23 September 2026 dikeluarkan bagi menggantung semua aktiviti dan penggunaan nama PN, selaras dengan Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] berkuat kuasa serta-merta.

Sinar Harian sedang mendapatkan kenyataan kepimpinan PN termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengenai perkara itu juga belum mendapat respons.

Difahamkan RoS juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

Perkembangan itu berlaku ketika PN berdepan kemelut dalaman susulan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS berkaitan kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan.

RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos lalu antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai dan isu status keanggotaannya dalam gabungan tersebut.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu turut meminta RoS membuat keputusan segera terhadap aduan yang dikemukakan parti itu, termasuk dakwaan lapan perkara yang didakwa dilanggar pimpinan PN.

Jelasnya, lapan perkara utama dikemukan yang didakwa telah dilanggar oleh PN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved