“Rosak Lagu Tiara” – Tak Sedap Nyanyi ‘Live’, Netizen Kritik Penyanyi Seberang Ini

Music
30 Jun 2022 • 4:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lagu ‘Tiara’ nyanyian asal kumpulan Kris kembali menjadi trending selepas dinyanyikan semula oleh seorang penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar.

Setakat ini, lagu nyanyian Raffa itu telah mendapat lebih 22 juta tontonan di Youtube. Lagu itu turut menjadi siulan dan latar belakang muzik di aplikasi TikTok.

Penyanyi ini bagaimanapun dikritik merosakkan lagu Tiara apabila membawakannya dengan versi sendiri. Lebih mengecewakan apabila persembahan secara langsung didakwa tidak sedap sebagaimana rakaman.

Di TikTok, seorang pengguna telah memuat naik semula nyanyian secara langsung itu sehingga mendapat lebih 2 juta tontonan.

@mohd_yusuf86

KLU aku nyanyi kelaut xpe sbb aku bukan artis .

♬ bunyi asal – Mohd yusuf – Mohd yusuf

Difahamkan Raffa mendendangkan lagu itu di sebuah acara konsert Road To Kilau Raya di Indonesia. Pelbagai reaksi diberikan penonton yang rata-ratanya kecewa lagu popular 90-an itu dinyanyikan secara sumbang.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok mohd_yusuf86

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.