Rosakkan cermin kereta jiran sebab bising

3 Aug 2023 • 3:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

AMPANG - Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta milik jirannya di rumah kedai di Pandan Indah pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 51 tahun mendakwa cermin bahagian belakang kereta Honda Civic miliknya telah retak dan berlubang.

'Pengadu mengesyaki insiden itu adalah perbuatan khianat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Azam berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun pada jam 12 tengah hari di Pandan Indah, pada Selasa.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian air kencing negatif dadah," katanya.

Menurutnya, punca kejadian adalah suspek selalu menuduh pengadu membuat bising di tingkat atas rumahnya sehingga menyebabkan suspek berasa tidak selesa.

"Suspek telah direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved