Rosakkan Pintu Surau, Polis Tahan Lelaki Mengamuk Bunyi ‘Speaker’ Kuat Ketika Tarawih

13 Apr 2023 • 5:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak puas hati bunyi pembesar suara kuat

Rosakkan Pintu Surau, Polis Tahan Lelaki Mengamuk Bunyi ‘Speaker’ Kuat Ketika Tarawih. Seorang lelaki ditangkap selepas menendang pintu surau hingga rosak kerana tidak puas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang terletak di bawah flat di Sg Chua Kajang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, suspek, 46 tahun yang tinggal tidak jauh dari surat berkenan melakukan khianat itu pada jam 9.25 malam Ahad yang lalu.

image is not available
Rosakkan Pintu Surau, Polis Tahan Lelaki Mengamuk Bunyi ‘Speaker’ Kuat Ketika Tarawih. Kredit: Kosmo

Terganggu bunyi kuat hingga kawasan kejiranan

“Suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat hingga mengganggu suspek sekeluarga termasuk dengan jiran-jiran yang tinggal kawasan berhampiran,” katanya menerusi kenyataan.

Kejadian berkenaan tular menerusi rakaman video di media sosial baru-baru ini.

image is not available

Mohd Zaid berkata, ekoran itu saksi-saksi lain yang terlibat turut dipanggil memberikan keterangan.

Beliau kini dalam siasatan polis

Tambah beliau, suspek ditangkap bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin lepas.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jelasnya.

Mohd Zaid menambah, siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyalahguna rangkaian dengan penyebaran video tersebut dengan niat tidak baik.

Baca lagi artikel terkini: