Roslan Mamat diumum pangku CEO syarikat pembalakan Golden Pharos

13 Mar 2024 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Roslan Mamat diumum pangku CEO syarikat pembalakan Golden Pharos

johardy

13/03/2024 - 18:01

KUALA TERENGGANU 13 Mac - Naib Presiden Kanan Terengganu Incorporated, Mohd Roslan Mamat dilantik menjadi pemangku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembalakan Golden Pharos Bhd, berkuat kuasa pada Rabu.

Golden Pharos yang juga anak syarikat kerajaan negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Mohd Roslan dibuat susulan persaraan bekas CEO, Dr Mohd Zaki Hamzah pada 12 Mac lalu.

"Sebelum ini, Mohd Zaki dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Golden Pharos pada 3 September 2021 sebelum dilantik menjadi CEO pada Februari 2022 di syarikat pembalakan milik kerajaan Terengganu itu," jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Golden Pharos, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar turut mengalu-alukan pelantikan Mohd Roslan sebagai pemangku CEO.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Mohd Zaki atas perkhidmatan selama hampir tiga tahun di syarikat berkenaan.

Mohd Roslan pernah bertugas di TDM Bhd sebelum menyertai Terengganu Inc pada akhir tahun 2021.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved