Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap pelakon dan pelawak, Harith Iskander atas dakwaan menghina rupa paras serta fizikalnya dalam satu persembahan komedi pada Januari lalu.
Rosmah, 75, memfailkan tuntutan saman berkenaan pada 9 Jun lalu berhubung persembahan ‘Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour’ yang berlangsung di Hotel Swiss-Garden, Melaka.
Advertisement
Awani Dalam pernyataan tuntutannya, Rosmah mendakwa Harith memaparkan imej makhluk halus sebelum menayangkan gambarnya kepada penonton.
Sebelum paparan itu dibuat, Harith didakwa memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap akan ‘melihat sesuatu yang menakutkan’.
Menurut Rosmah, tindakan tersebut menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkannya dengan makhluk halus.
“Kenyataan berkenaan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik saya, selain bertujuan mengaibkan saya melalui penghinaan bentuk fizikal (body shaming).”
“Perbandingan ini serius kerana ia tidak dibuat dalam konteks neutral atau dalam perbincangan biasa, sebaliknya ketika persembahan komedi di hadapan penonton secara langsung bagi meraih gelak tawa dan hiburan daripada orang ramai,” katanya.
Rosmah memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan.
Rakaman Persembahan Dimuat Naik Di TikTok
Rosmah mendakwa seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303 memuat naik dua rakaman daripada persembahan tersebut.
Video pertama dilaporkan meraih 219,700 tontonan dan 3,354 tanda suka, manakala video kedua memperoleh 12,500 tontonan serta 145 tanda suka.
Menurut Rosmah, kenyataan tersebut dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan nama baik serta menghina fizikalnya.
View this post on Instagram
“Kenyataan itu juga untuk merosakkan reputasi, maruah dan nama baik saya oleh kerana kedudukan saya sebagai seorang figura awam, isteri bekas Perdana Menteri, penaung kepada pelbagai badan amal dan persatuan, serta individu yang pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam dan luar negara,” katanya.
Rosmah memohon ganti rugi am, teruk dan teladan selain perintah injunksi bagi menghalang Harith atau pembantunya daripada menerbitkan dan menyebarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.
Beliau turut menuntut Harith membuat permohonan maaf tanpa syarat serta menarik balik kenyataan berkenaan secara bertulis dalam dua akhbar arus perdana dan akaun media sosial yang ditentukan olehnya atau peguamnya.
Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Nur-Diana Ezlyn Hashim mengesahkan tuntutan tersebut serta memaklumkan pengurusan kes ditetapkan pada 31 Julai.
Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Harith turut mengesahkan perkara berkenaan.
Harith Nafi Gambarkan Rosmah Sebagai Makhluk Seram
Dalam pernyataan pembelaannya, Harith menafikan paparan tersebut menggambarkan Rosmah sebagai makhluk seram, sesuatu yang menakutkan, jahat, hodoh, menjijikkan atau tidak berperikemanusiaan.
“Penerbitan kenyataan yang didakwa fitnah di dalam Tiktok itu telah dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan saya dan kenyataan tersebut tidak merangkumi konteks penuh persembahan komedi itu,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kepada Hajjah Dan Team, Aku Tak Akan Pernah Maafkan.." - Individu Dakwa Pernah Dianiaya Ketika Sertai Ejen Selebriti Terkenal
The post Rosmah Mansur Saman Harith Iskander Isu ‘Body Shaming’ Ketika Persembahan Komedi – “Jahat, Hodoh & Menjijikkan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






