Rossa terharu konsert di Kota Kinabalu ‘licin’

Music
11 Dec 2023 • 1:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa meluahkan rasa terharu apabila Konsert Another Journey: The Beginning yang berlangsung Jumaat lalu mendapat sambutan luar biasa oleh hampir 4,000 peminatnya.

Menariknya, ini bukan saja kali pertama penyanyi Pudar itu mengadakan konsert di Sabah, bahkan Kota Kinabalu menjadi penutup tirai untuk siri konsert Another Journey: The Beginning, tahun ini.

“Alhamdulillah, konsert pertama saya di Sabah berjalan lancar dan ‘sold out’ lagi seperti mana konsert Another Journey: The Beginning di lima kota lain sebelum ini.

“Sambutan peminat cukup luar biasa, malah ada juga yang datang dari Singapura, Brunei, Sarawak dan Kuala Lumpur, serta kota-kota lain di luar Kota Kinabalu, seperti Sandakan.