Rosé Tandatangani Kontrak Bersama The Black Label, Kini Dalam Proses Persiapkan Muzik Baharu

Music
18 Jun 2024 • 2:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rosé Blackpink telah menandatangani kontrak pengurusan dengan anak syarikat YG Entertaiment, The Black Label dan kini sedang dalam proses mempersiapkan muzik baharu untuk dipersembahkan kepada peminat.

Memetik artikel Korea JongAang Daily, perkara tersebut dimaklumkan oleh agensi itu sendiri, hari ini.

image is not available

Foto: Dazed Korea

“Berdasarkan kepercayaan mendalam yang dibina Rosé dan Teddy selama ini, sebagai artis dan penerbit, Rosé menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label.

“Rosé kini sedang bersedia untuk bertemu peminat global dengan muzik baharu dan akan terlibat dalam aktiviti muzik di seluruh dunia dengan label global,” kata agensi itu dalam kenyataanya.

image is not available

Foto: The Black Label

Untuk makluman, The Black Label ialah sebuah agensi hiburan yang diasaskan bersama dan diketuai oleh Teddy, penerbit veteran di sebalik pelbagai lagu popular K-pop daripada artis termasuk Blackpink, Big Bang dan 2NE1.

Terdahulu, keempat-empat ahli Blackpink iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa telah menandatangani kontrak eksklusif dengan YG Entertainment untuk aktiviti berkumpulan pada Disember 2023 tetapi tidak meneruskan kerjaya individu mereka di agensi tersebut.

Jennie, Lisa dan Jisoo dilihat telah menubuhkan agensi sendiri bagi menguruskan aktiviti solo mereka iaitu ODD ATELIER, LLOUD dan BLISSOO. Manakala, Rosé memilih The Black Lebel bagi menguruskan aktiviti solonya di Korea Selatan.