Rotary Club sumbang papan pintar perkasa pengajaran digital sekolah

LocalTechnology
30 Sep 2026 • 6:36 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rotary Club sumbang papan pintar perkasa pengajaran digital sekolah

SEBANYAK 42 papan putih pintar bernilai RM324,121 disumbangkan kepada dua sekolah di Temerloh dan Kuantan bagi memperkukuh pengajaran berasaskan teknologi, selain membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi Rotary Club Temerloh, Datuk Ir. Hiang A Li berkata, projek itu membabitkan 20 unit kepada SMJK Hwa Lian Mentakab dan 22 unit kepada SM Chong Hwa Kuantan, termasuk latihan kepada guru supaya kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Teknologi hanyalah satu alat, manakala kekuatan sebenar pendidikan masih terletak pada guru. Kami berharap guru dapat memanfaatkan papan putih pintar sepenuhnya dan meneroka kaedah pengajaran baharu,” katanya kepada Utusan Pelajar selepas majlis penyerahan papan putih pintar kepada SMJK Hwa Lian Mentakab, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, projek bernilai AS$80,300 (kira-kira RM324,121) itu mendapat sokongan Yayasan Rotary serta 12 kelab Rotary dari Taiwan, India, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia

Penolong Pengetua SMJK Hwa Lian Mentakab, Ooi Kuan Loong, pula berkata teknologi itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pengajaran sehala.

Katanya, penggunaan papan putih pintar membolehkan guru menggabungkan paparan visual, animasi, simulasi dan pelbagai sumber digital supaya pembelajaran lebih menarik serta membantu murid memahami sesuatu topik dengan lebih berkesan.

Pengetua SM Chong Hwa Kuantan, Chua Leok Hong, berkata sumbangan 22 unit papan putih pintar dapat meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi, selain membolehkan guru menyampaikan bahan pembelajaran dengan lebih jelas, kreatif dan menarik.

Penolong Pengetua SMJK Hwa Lian Mentakab, Ooi Kuan Loong, pula berkata teknologi itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pengajaran sehala, selain menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.

Katanya, pihak sekolah akan menggunakan serta menjaga kemudahan itu dengan sebaiknya supaya manfaatnya dapat dinikmati semua murid.-UTUSAN

The post Rotary Club sumbang papan pintar perkasa pengajaran digital sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved