Roti Canai Gadis Comel Di Kuantan Semakin Laris, Terjual 1,000 Keping Sehari

LocalFood
28 Sep 2024 • 9:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
roti canai

Seorang gadis berusia 19 tahun, Nor Syazwani Ab Ghani semakin dikenali ramai selepas rakaman video dirinya menebar roti canai di aplikasi TikTok meriah jutaan tontonan.

Asbab video yang viral itu, 1,000 keping roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2 terjual dalam masa sehari.

image is not available

Dulu kami hanya buat sekitar 10 kilogram tepung sehari, tapi selepas video tular, alhamdulillah, saya dapat lihat sambutan luar biasa daripada pelanggan sehingga perlu menambah 30kg tepung dengan jualan mencecah hampir 1,000 keping roti sehari.

Selain itu, beliau tetap percaya rezeki ini daripada ALLAH dan ucapkan terima kasih kepada semua. Tanpa adanya orang baik yang berkongsi video tersebut, mungkin dirinya tidak akan sampai pada tahap ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian