Roti Canai Malaysia ‘Mendunia’, Kini Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Food
21 Dec 2023 • 2:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Roti Canai Malaysia ‘Mendunia’, Kini Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Salah satu hidangan terkemuka di Malaysia, Roti Canai sekali lagi mencipta nama apabila meraih tempat pertama dalam Senarai Roti Terbaik Dunia 2023/2024.

Menurut TasteAtlas, hidangan yang menjadi soul food rakyat Malaysia itu mendapat tempat teratas mengumpul sebanyak 4.7 daripada 5 bintang.

TasteAtlas turut menyenaraikan roti nan mentega bawah putih (India) dan pan de bono (Columbia) sebagai Top 3 Roti Terbaik Dunia.

Secara umumnya, roti canai merupakan sejenis roti tradisional yang diperbuat daripada tepung, air, telur dan lemak.

Doh roti canai biasanya akan ditebar berulang-ulang kali. Proses itu memberikan hasil akhir sekeping roti dengan tekstur yang berlapis-lapis, lembut di dalam dan rangup diluar.

Roti canai juga memiliki beberapa variasi seperti roti telur, roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti bom, roti planta dan sebagainya.

Lemak yang biasa digunakan dalam roti canai adalah ghee, iaitu sejenis mentega tradisional dalam masakan masyarakat India.

Roti canai dipercayai berasal dari India ketika tenaga buruh negara itu bermigrasi ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British.

Semasa bermigrasi ke tempat baharu, mereka juga membawa bersama resepi dan makanan tradisi masing-masing.

Juadah berkenaan terus berkembang dan kekal menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

Sungguhpun hidangan ini dikatakan berasal dari India, roti canai memiliki hubungan lebih rapat dengan Malaysia dan negara jirannya seperti Indonesia, Brunei dan Thailand.

Turut tersenarai dalam senarai Hidangan Sarapan Terbaik Dunia & Makanan Jalanan Terbaik Dunia

Selain itu, roti canai turut tersenarai sebagai antara Hidangan Sarapan Terbaik Di Dunia.

Dalam senarai tersebut, sarapan lazim di Malaysia berada di tempat kedua, dibelakang hidangan asal Serbia, komplet lepinja.

image is not available
Kredit: TasteAtlas

Terdahulu, roti canai telah diiktiraf antara Makanan Jalanan Terbaik Dunia dan menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut.

Dalam senarai yang dikeluarkan pada Februari lepas, hidangan ini berkongsi mata bersama hidangan yang menduduki tempat pertama, Guotie (China)

Walaupun berkongsi mata yang sama iaitu 4.8 mata, Taste Atlas meletakkan Guotie dari China di tangga pertama sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Sumber: Taste Atlas