
Royal Brunei Airlines Memulakan Penerbangan ke Balikpapan Bermula 19 Februari 2025
Royal Brunei Airlines Buka Semula Laluan Ke Balikpapan Mulai 19 Februari 2025. Royal Brunei Airlines (RB) bakal memperluaskan rangkaian penerbangannya dengan melancarkan laluan baharu ke Balikpapan, Indonesia, bermula 19 Februari 2025. Langkah ini memberikan lebih banyak pilihan perjalanan kepada penumpang yang ingin meneroka destinasi menarik di Indonesia.
Balikpapan, yang terletak di Kalimantan Timur, terkenal dengan keindahan pantainya yang mempesonakan, air laut yang jernih serta pasir putih yang memikat. Dengan pembukaan laluan baharu ini, pelancong dari Brunei dan rantau sekitarnya kini mempunyai akses lebih mudah ke destinasi yang penuh dengan keindahan semula jadi ini.

Jadual Penerbangan
RB akan mengendalikan dua penerbangan setiap minggu antara Brunei dan Balikpapan. Berikut adalah jadual penerbangan yang telah diumumkan:
Nota: Semua waktu yang dinyatakan adalah dalam waktu tempatan di destinasi masing-masing dan tertakluk kepada perubahan.
Tempahan Kini Dibuka!
Bagi mereka yang berminat untuk meneroka keindahan Balikpapan, tiket penerbangan boleh dibeli bermula 18 November 2024. Anda boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi https://www.flyroyalbrunei.com/brunei/en/book-manage/book-flight/ atau menerusi ejen pelancongan pilihan anda.
Pembukaan laluan ini dijangka memberi manfaat kepada pelancong dan komuniti perniagaan yang ingin meningkatkan hubungan antara Brunei dan Kalimantan Timur. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman baharu dengan Royal Brunei Airlines ke Balikpapan!
Baca juga cerita semasa di bawah:


