
Terokai Keindahan Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur dengan Pakej Murah dari Royal Brunei Airlines
Royal Brunei Airlines Dan Tourism Malaysia Tawar Pakej Pelancongan Murah Ke 3 Lokasi Ini. Royal Brunei Airlines dengan kerjasama Tourism Malaysia kembali dengan pakej percutian “Hello Kawan” yang menawarkan pelancongan ke tiga lokasi menarik di Malaysia bermula dari BND175 (RM610.20) seorang.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menerokai keindahan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Hubungi ejen pelancongan RB yang dilantik untuk tempahan segera!

Pakej Kota Kinabalu
Pakej percutian ke Kota Kinabalu ditawarkan pada harga BND175 seorang yang merangkumi tiket penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 2 hari 1 malam (twin sharing). Pakej ini tersedia untuk tempoh jualan dari sekarang sehingga 31 Ogos 2024 dan tempoh perjalanan dari sekarang sehingga 31 Mac 2025. Antara hotel yang mengambil bahagian termasuk The Luma Hotel, Hyatt Centric Kota Kinabalu, Citadines Waterfront Kota Kinabalu, dan Shangri-la Rasa Ria Kota Kinabalu.

Pakej Kuching
Nikmati pengalaman budaya di Kuching dengan pakej dari BND257 seorang yang termasuk tiket penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam (twin sharing). Pakej ini juga tersedia untuk tempoh jualan sehingga 31 Ogos 2024 dan tempoh perjalanan sehingga 31 Mac 2025. Antara hotel yang terlibat ialah Imperial Riverside Hotel Kuching, Imperial Hotel Kuching, Pullman Kuching, dan The Waterfront Hotel.

Pakej Kuala Lumpur
Terokai bandar raya Kuala Lumpur yang meriah dengan pakej dari BND418 seorang yang termasuk tiket penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam (twin sharing). Pakej ini juga tersedia untuk tempoh jualan sehingga 31 Ogos 2024 dan tempoh perjalanan sehingga 31 Mac 2025. Antara hotel yang terlibat ialah WOLO Kuala Lumpur, ibis Kuala Lumpur City Centre, dan Sleeping Lion Suites Bukit Bintang.
Tempahan dan Ejen Pelancongan
Untuk membuat tempahan, hubungi ejen pelancongan RB yang dilantik seperti berikut:
- Anthony Tours & Travel Agency Sdn Bhd
- Darussalam Services Sdn Bhd
- Freme Travel Services Sdn Bhd
- JJ Tour Service Sdn Bhd
- Pan Bright Travel Services Sdn Bhd
- Southern Cross Travel Agencies Sdn Bhd
- Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.flyRB.com.



