Rozita Che Wan Respon Isu Hutang RM1 Juta MARA

LocalEntertainment
11 Dec 2024 • 10:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan hutang RM1 juta kepada MARA yang belum dilangsaikan.

Menurut Che Ta, beliau tidak kisah laporan media dibuat selagi tidak menjurus kepada fitnah.

Tak kisah apapun cerita ingin dipamerkan, tapi jangan cerita benda palsu.- Katanya.

Che Ta turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggembar-gemburkan cerita tidak sahih yang boleh mengaibkan dirinya.

Tulislah apa kalian nak tulis untuk aibkan orang tapi jangan cerita tak betul. Itu sahaja saya minta.- Tegasnya lagi.

Sebelum ini, kecoh apabila MARA dilaporkan menyerbu rumah Che Ta di Kota Damansara kerana kegagalan melunaskan pinjaman.

Serbuan itu turut melibatkan penyerahan writ dan penilaian barangan, namun hanya ibu Che Ta dilaporkan berada di rumah ketika kejadian.

#OhmediaNasihat

Setiap orang pasti ada cabaran hidup tersendiri. Sebelum menilai atau menyebarkan cerita, pastikan kita mengetahui fakta yang sahih.

Jangan mudah percaya atau menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan fitnah dan mencemarkan nama baik seseorang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: beautifulnara