Rozita Ibrahim beri staf hadiah mewah, ada yang dapat banglo RM800,000!

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Rozita Ibrahim beri staf hadiah

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim beri staf hadiah mewah sempena makan malam tahunan sebagai tanda menghargai usaha keras mereka sepanjang tahun.

Perkara itu dikongsikan pemilik akaun TikTok dikenali sebagai kaktiii apabila memaklumkan makan malam syarikat usahawan tersebut tempoh hari adalah yang paling ‘havoc’ sepanjang empat tahun kebelakangan ini.

@kaktiii01

Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim

♬ suara asli - dr. Valdo - dr. Valdo

Rozita Ibrahim beri staf hadiah mewah atas usaha gigih sepanjang tahun

Mana tidaknya, pelbagai hadiah mewah diberikan kepada mereka yang layak dan habuan tersebut adalah usaha yang dilakukan semua pihak sepanjang tahun 2024 ini.

Antara hadiah yang diberikan kepada mereka yang bertuah adalah pakej haji dan umrah VIP, kereta dan juga banglo bernilai RM800,000.

image is not available

Rozita Ibrahim beri staf hadiah mewah, bonus lain kira

Dalam kapsyen yang disertakan Kaktiii lagi, hadiah-hadiah tersebut tidak termasuk bonus yang mereka dapat dan perkara berkenaan sangat disyukuri pada staf yang bekerja di di syarikat usahawan terkenal berkenaan.

image is not available

Syukur lihat rezeki mereka

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok terbabit telah menarik perhatian ramai dan rata-rata berasa para staf di syarikat berkenaan sangat beruntung kerana mempunyai majikan yang cukup pemurah.

Mereka juga mendoakan agar rezeki Rozita Ibrahim atau biasa disapa Bonda Rozita terus diperluas agar menberi manfaat kepada ramai orang lagi.

image is not available

Semoga Bonda Rozita terus berjaya

image is not available

Bagus kalau dapat majikan macam ni

image is not available

Pakej umrah/haji VIP tu kalau dapat bersyukur sangat

image is not available

Tak dapat banglo pun tak apa, asalkan kita semua mendapat pekerjaan serta majikan yang menjaga kebajikan setiap stafnya.

Sumber: TikTok kaktiii